Lakukan tetapan asas faks menggunakan bestari. Anda boleh melangkau bestari dan melakukan tetapan ini kemudian. Untuk mendapatkan butiran mengenai tetapan faks, lihat Panduan Pengguna.
Perhatian:
Apakah itu "DRD"?
Sekiranya anda melanggan khidmat deringan tersendiri (DRD - distinctive ring service) daripada syarikat telefon anda, pilih pola deringan untuk digunakan bagi faks masuk. Khidmat deringan tersendiri, ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telefon (nama khidmat berbeza mengikut syarikat), membolehkan anda mempunyai beberapa nombor telefon pada satu talian telefon. Setiap nombor diberi pola deringan berbeza. Anda boleh menggunakan satu nombor untuk panggilan suara dan satu nombor lain untuk panggilan faks.