Pada panel kawalan pencetak, pilih nama rangkaian (SSID) yang dipaparkan pada skrin ini dan kemudian, tekan butang OK.

Jika SSID yang anda ingin sambungkan tidak dipaparkan pada panel kawalan pencetak, tekan butang untuk mengemas kini senarai. Jika ia masih tidak dipaparkan, pilih SSID Lain dan kemudian, masukkan SSID secara terus.
Perhatian:
Jika tiada nama rangkaian (SSID) yang dipaparkan, semak jika maklumat tersebut ditulis pada label penghala wayarles. Jika anda menggunakan penghala wayarles pada tetapan lalainya, gunakan SSID pada label. Jika anda tidak menemui sebarang maklumat, lihat dokumentasi yang diberikan dengan penghala wayarles.