Mesej dan Penyelesaian pada Laporan Sambungan Rangkaian

Terdapat masalah dengan sambungan antara pencetak dan penghala wayarles. Semak mesej dan kod ralat pada laporan sambungan rangkaian dan kemudian ikut penyelesaiannya.
a: Kod ralat
Kod
Penyelesaian
E-1
Pastikan kabel Ethernet disambungkan dengan kemas ke pencetak dan hab atau peranti rangkaian lain.
Pastikan hab anda atau peranti rangkaian lain dihidupkan.
Jika anda mahu menyambungkan pencetak melalui Wi-Fi, lakukan tetapan Wi-Fi untuk pencetak sekali lagi kerana ia dinyahdayakan.
E-2
E-3
E-7
Pastikan penghala wayarles anda dihidupkan.
Pastikan komputer atau peranti anda disambungkan dengan betul ke penghala wayarles.
Matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya.
Letakkan pencetak dekat dengan penghala wayarles anda dan alihkan sebarang halangan di antaranya.
Jika SSID dimasukkan secara manual, semak sama ada ia betul. Semak SSID daripada bahagian Network Status pada laporan sambungan rangkaian.
Jika penghala wayarles mempunyai berbilang SSID, pilih SSID yang dipaparkan. Apabila SSID menggunakan frekuensi tidak patuh, pencetak tidak memaparkannya.
Jika anda menggunakan persediaan butang tekan bagi mewujudkan sambungan rangkaian, pastikan penghala wayarles anda menyokong WPS. Anda tidak boleh menggunakan persediaan butang tekan jika penghala wayarles anda tidak menyokong WPS.
Pastikan SSID anda hanya menggunakan aksara ASCII (aksara abjad angka dan simbol). Pencetak tidak boleh memaparkan SSID yang mengandungi aksara bukan ASCII.
Pastikan anda mengetahui SSID dan kata laluan anda sebelum menyambung ke penghala wayarles. Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, SSID dan kata laluan diletakkan pada label penghala wayarles. Jika anda tidak mengetahui SSID dan kata laluan anda, hubungi individu yang menyediakan penghala wayarles atau lihat dokumentasi yang diberikan dengan penghala wayarles.
Jika anda menyambung kepada SSID yang dijana daripada penambatan peranti pintar, semak SSID dan kata laluan dalam dokumentasi yang diberikan dengan peranti pintar tersebut.
Jika sambungan Wi-Fi anda tiba-tiba terputus, periksa keadaan berikut. Jika terdapat mana-mana keadaan ini, tetapkan semula tetapan rangkaian anda dengan memuat turun dan menjalankan perisian daripada laman web berikut.
http://epson.sn > Persediaan
Peranti pintar lain telah ditambahkan pada rangkaian menggunakan persediaan butang tekan.
Rangkaian Wi-Fi telah ditetapkan menggunakan sebarang kaedah selain daripada persediaan butang tolak.
E-5
Pastikan jenis keselamatan penghala wayarles ditetapkan kepada satu daripada berikut. Jika tidak, tukar jenis keselamatan pada penghala wayarles dan kemudian, tetapkan semula tetapan rangkaian pencetak.
WEP-64 bit (40 bit)
WEP-128 bit (104 bit)
WPA PSK (TKIP/AES)*
WPA2 PSK (TKIP/AES)*
WPA (TKIP/AES)
WPA2 (TKIP/AES)
* WPA PSK juga dikenali sebagai WPA Personal. WPA2 PSK juga dikenali sebagai WPA2 Personal.
E-6
Semak jika penapisan alamat MAC telah dinyahdayakan. Jika ia didayakan, daftarkan alamat MAC pencetak supaya ia tidak ditapis. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk butiran. Anda boleh menyemak alamat MAC pencetak daripada bahagian Network Status pada laporan sambungan rangkaian.
Jika penghala wayarles anda menggunakan pengesahan kongsi dengan sekuriti WEP, pastikan kunci pengesahan dan indeks adalah betul.
Jika bilangan peranti yang boleh disambung pada penghala wayarles kurang daripada bilangan peranti rangkaian yang anda mahu sambungkan, buat tetapan pada penghala wayarles untuk menambah bilangan peranti yang boleh disambung. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk membuat tetapan.
E-8
Dayakan DHCP pada penghala wayarles jika tetapan Dapatkan Alamat IP pencetak ditetapkan kepada Auto.
Jika tetapan Dapatkan Alamat IP pencetak ditetapkan kepada Manual, alamat IP yang anda tetapkan secara manual adalah tidak sah kerana di luar julat (contohnya: 0.0.0.0). Tetapkan alamat IP yang sah daripada panel kawalan pencetak atau dengan menggunakan Web Config.
E-9
Semak perkara berikut.
Peranti dihidupkan.
Anda boleh mengakses Internet dan komputer lain atau peranti rangkaian pada rangkaian yang sama dari peranti yang ingin disambungkan ke pencetak.
Jika pencetak dan peranti rangkaian anda masih tidak bersambung selepas mengesahkan perkara di atas, matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya. Kemudian, tetapkan semula tetapan rangkaian anda dengan memuat turun dan menjalankan pemasang daripada laman web berikut.
http://epson.sn > Persediaan
E-10
Semak perkara berikut.
Peranti lain pada rangkaian dihidupkan.
Alamat rangkaian (Alamat IP, topeng subnet dan get laluan lalai) adalah betul jika anda telah menetapkan Dapatkan Alamat IP pencetak kepada Manual.
Tetapkan semula alamat rangkaian jika salah. Anda boleh menyemak alamat IP, topeng subnet dan get laluan lalai daripada bahagian Network Status pada laporan sambungan rangkaian.
Jika DHCP didayakan, tukar tetapan Dapatkan Alamat IP pencetak kepada Auto. Jika anda mahu menetapkan alamat IP secara manual, semak alamat IP pencetak daripada bahagian Network Status pada laporan sambungan rangkaian dan kemudian, pilih Manual pada skrin tetapan rangkaian. Tetapkan topeng subnet ke [255.255.255.0].
Jika pencetak dan peranti rangkaian anda masih tidak bersambung, matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya.
E-11
Semak perkara berikut.
Alamat get laluan lalai adalah betul jika Persediaan TCP/IP pencetak anda ditetapkan kepada Manual.
Peranti yang ditetapkan sebagai get laluan lalai dihidupkan.
Tetapkan alamat get laluan lalai yang betul. Anda boleh menyemak alamat get laluan lalai daripada bahagian Network Status pada laporan sambungan rangkaian.
E-12
Semak perkara berikut.
Peranti lain pada rangkaian dihidupkan.
Alamat rangkaian (Alamat IP, topeng subnet dan get laluan lalai) adalah betul jika anda memasukkannya secara manual.
Alamat rangkaian untuk peranti lain (topeng subnet dan get laluan lalai) adalah sama.
Alamat IP tidak konflik dengan peranti yang lain.
Jika pencetak dan peranti rangkaian anda masih tidak bersambung selepas mengesahkan perkara di atas, cuba perkara berikut.
Matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya.
Buat tetapan rangkaian sekali lagi menggunakan pemasang. Anda boleh menjalankannya daripada laman web berikut.
http://epson.sn > Persediaan
Anda boleh mendaftarkan beberapa kata laluan pada penghala wayarles yang menggunakan jenis keselamatan WEP. Jika beberapa kata laluan didaftarkan, semak jika kata laluan berdaftar yang pertama ditetapkan pada pencetak.
E-13
Semak perkara berikut.
Peranti rangkaian seperti penghala wayarles, hab dan penghala dihidupkan.
Persediaan TCP/IP untuk peranti rangkaian belum ditetapkan secara manual. (Jika Persediaan TCP/IP pencetak ditetapkan secara automatik manakala Persediaan TCP/IP untuk peranti rangkaian lain dilakukan secara manual, rangkaian pencetak mungkin berbeza daripada rangkaian untuk peranti lain.)
Selepas menyemak seperti di atas dan jika ia masih tidak berfungsi, cuba perkara berikut.
Matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya.
Buat tetapan rangkaian pada komputer yang berada pada rangkaian yang sama dengan pencetak menggunakan pemasangnya. Anda boleh menjalankannya daripada laman web berikut.
http://epson.sn > Persediaan
Anda boleh mendaftarkan beberapa kata laluan pada penghala wayarles yang menggunakan jenis keselamatan WEP. Jika beberapa kata laluan didaftarkan, semak jika kata laluan berdaftar yang pertama ditetapkan pada pencetak.
b: Mesej pada Persekitaran Rangkaian
Mesej
Penyelesaian
*Multiple network names (SSID) that match your entered network name (SSID) have been detected. Confirm network name (SSID).
SSID yang sama boleh ditetapkan pada beberapa penghala wayarles. Semak tetapan pada penghala wayarles dan tukar SSID.
The Wi-Fi environment needs to be improved. Turn the wireless router off and then turn it on. If the connection does not improve, see the documentation for the wireless router.
Selepas meletakkan pencetak berdekatan penghala wayarles dan mengalihkan sebarang halangan di antaranya, matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya. Jika ia masih tidak dapat bersambung, lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan penghala wayarles.
*No more devices can be connected. Disconnect one of the connected devices if you want to add another one.
Komputer dan peranti pintar yang boleh disambungkan secara serentak disambung sepenuhnya dalam sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah). Untuk menambahkan komputer atau peranti pintar lain, putuskan dahulu satu daripada sambungan peranti yang bersambung.
The same SSID as Wi-Fi Direct exists in the environment. Change the Wi-Fi Direct SSID if you cannot connect a smart device to the printer.
Pada panel kawalan pencetak, pergi ke skrin Persediaan Wi-Fi Direct dan pilih menu untuk mengubah tetapan. Anda boleh mengubah nama rangkaian berikut selepas DIRECT-XX-. Masukkan dalam 32 aksara.