Memasukkan Kata Laluan dan Menyambung

1 . Sambungkan ke SSID.

Untuk Windows 10
Kosongkan Sambung secara automatik dan kemudian klik Sambung.
Untuk Windows 8.1/Windows 8/Windows 7/Windows Vista
Klik Sambung.
Untuk Windows XP
Klik kanan SSID dan kemudian klik Sambung.
Untuk MacOS
Tiada tindakan diperlukan.

2 . Sambungkan pencetak dan komputer dengan memasukkan kata laluan yang dipaparkan pada panel kawalan pencetak ke dalam komputer.

Untuk Windows XP, masukkan Kunci rangkaian dan Sahkan kunci rangkaian.

3 . Untuk pengguna Windows 8.1/Windows 8/Windows 7/Windows Vista, anda boleh menetapkan komputer anda bersambung dengan pencetak secara automatik setiap kali anda menghidupkan komputer anda.

Anda tidak perlu menetapkan ini jika anda hanya ingin menyambung ke pencetak semasa anda menggunakannya.